Atlet MLBB luar negara mohon maaf hina bendera Malaysia

Najmi Iman
November 18, 2024 12:33 MYT
Atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Amerika Syarikat (AS), Michael Cosgun, memohon maaf terhadap keterlanjurannya menghina bendera Malaysia, Jalur Gemilang, menerusi Instagram rasminya, minggu lalu.
Terdahulu, pemain yang dipanggil Mobazane itu memuat naik satu hantaran yang mengundang kemarahan peminat e-sukan tanah air serta berpendapat bahawa Malaysia ialah pasukan yang lemah.
Ekoran insiden penghinaan tersebut, Persekutuan Esukan Malaysia (MESF) mengecam tindakan itu dan menuntut supaya permohonan maaf secara terbaku daripada pihak Mobazane.
"Saya seikhlas hati ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, dan juga sesiapa sahaja yang tersinggung dengan tindakan saya.
"Saya memahami bahawa niat tidak selalunya akan mencerminkan kesan tindakan kita, dan saya mengambil tanggungjawab penuh dengan hantara itu.
"Sebagai langkah ke hadapan, saya berjanji untuk belajar daripada kesilapan ini dan memastikan ia tidak berulang lagi," katanya di ruangan Instagram story.
Dalam masa sama, MESF turut meminta syarikat Moontoon selaku badan induk MLBB supaya memastikan kehormatan dan keharmonian komuniti e-sukan diperkuat.
#E-Sukan #MESF #MLBB #Mobile Legends Bang Bang #Mobazane #Persekutuan Esukan Malaysia
;