Skip to main content

Sukan Lain

Atlet bola tampar SSBJ raih 10A SPM!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolatampar.jpg
Bertepatan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini, sudah tentu, tumpuan pastinya terarah kepada atlet sukan yang masih bersekolah, terutamanya ketika mewakili negara. 

Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, yang sempat meninjau sekitar perkarangan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), satu pelajar yang mencipta kecemerlangan tatkala penuh dengan kesibukan bersukan.

Bakal permata negara ini, Lee Xin Nee, meraih keputusan membanggakan 10A, sekali gus membuktikan pembahagian masa antara waktu belajar dan bersukan harus konsisten disiplin demi mendapatkan hasil positif.

 

Untuk rekod, anak tunggal kelahiran Johor itu merupakan atlet bola tampar yang sedang meningkat naik. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Xin Nee!

Advertisement

Must Watch Video