Skip to main content

Permotoran

ATC 2025: Adam, Sharf masih belum jumpa rentak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maa.jpg
Pelumba Asia Talent Cup negara, Adam Danial dan Sharf Muhriz masih bergelut dan seakan masih belum menjumpai rentak terbaik mereka di perlumbaan pusingan kedua ATC 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar.

Adam yang bermula di petak ke-18 di perlumbaan pertama tidak melunturkan semangat untuk pamer aksi yang cemerlang sehingga berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-14. Namun, Adam gagal untuk mengekalkan konsistensinya dan hanya menamatkan perlumbaan kedua di kedudukan ke-17.

Pelumba berusia 15 tahun ini juga menyifatkan bahawa dia masih tidak menjumpai 'set-up' yang sempurna untuk jenteranya. Selain itu, angin yang kuat juga merupakan faktor bergelut di atas litar.

"Saya bergelut untuk raih kedudukan ke-17 kerana masih menjumpai 'set up' yang baik dan angin di sini agak kuat dan menggangu jentera saya. - kata Adam

Begitupun, seorang lagi pelumba ATC negara, Sharf Muhriz, hanya menamatkan saingan perlumbaan pertama di kedudukan ke-18 berjaya meningkatkan prestasi dalam perlumbaan kedua selepas berjaya menghuni kedudukan ke-12, namun kesilapan membuat 'contact' dengan pelumba dari Thailand di pusingan terakhir menghukum dia untuk mengakhiri di kedudukan ke-14.

"Saya terjatuh di perlumbaan pertama dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18, manakala di perlumbaan kedua saya kekal menghuni di kedudukan ke-12, tapi saya ada membuat kesilapan membuat 'contact' dengan pelumba Thailand." katanya.

Adam Danial dan Sharf Muhriz bakal berdepan tekanan tinggi apabila pusingan ketiga akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan akan berlumba di hadapan penyokong sendiri pada 2 dan 3 Ogos nanti.

Advertisement

Must Watch Video