SUKAN LAIN
Atasi Hong Kong, Malaysia peroleh slot Kejohanan Bola Tampar Pantai Dunia B21
Skuad bola tampar pantai wanita negara mencipta sensasi apabila berjaya menempah slot ke Kejohanan Dunia Bawah 21 tahun selepas membenam cabaran Hong Kong 2-0 dalam aksi kalah mati Kejohanan Asia di Roi Et, Thailand.
Malaysia yang diwakili Farwizah Aina dan Nur Auni Maisarah antara lima pasukan yang layak melalui kuota benua, diikuti Australia, China, Kazakhstan dan Vietnam.
Bagi kuota kejohanan kelayakan, senarai empatpasukan bagi setiap konfederasi benua acara lelaki dan wanita akan diluluskan kemudian oleh Jawatankuasa Bola Tampar Pantai (AVC).
Iklan
Kejohanan Asia B21 yang berlangsung selama empat hari ini jadi pentas kelayakan ke Kejohanan Dunia dengan lima pasukan teratas akan terus ke undian utama manakala empat pasukan seterusnya bakal bergelut di kejohanan kelayakan untuk bertemu di tempat yang sama.
"Kejayaan ini membantu sukan bola tampar pantai harus diketengahkan dan membuka mata orang ramai bagi meningkatkan lagi program di peringkat akar umbi," kata Farwizah.
Must-Watch Video