Skip to main content

Sukan Lain

Astro perkenal 'Pagi Power Run' inisiatif buat pekerja amal gaya hidup sihat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astro.jpg
Selepas penganjuran larian Astro Kasih Rimba sejak dua tahun lalu, kali ini Astro memperkenalkan 'Pagi Power Run' khusus buat kakitangan Astro dalam misi menghidupkan gaya hidup sihat.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Astro, Euan Smith, menyifatkan acara bulanan seperti ini adalah inisiatif terbaik untuk menyatupadukan warga kerja Astro secara sihat tanpa mengira jabatan.

"Pagi Power Run adalah lanjutan daripada apa ayang kami lakukan dua tahun lalu iaitu Astro Kasih Rimba, kami mahu semua individu di Astro mengambil bahagian. 

"Ia sangat mudah dengan larian 5KM sebelum bekerja dan sekali dalam sebulan kerana pada akhirnya anda akan meraih kesihatan fizikal serta fikiran. Bagus dalam melihat ramai yang mengambil behagian," katanya.

Dia juga mensasarkan penyertaan yang lebih tinggi bagi program Pagi Power Run akan datang, sekali gus menerapkan budaya bersukan dalam kalangan warga kerja Astro.

"Tanpa mengira berapa sibuk diri anda, anda perlu ada masa untuk beriadah. Saya pernah menyertai half marathon tahun lalu dan menamatkan nombor lima." tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video