Inisiatif terbaru Astro Kasih iaitu Rimbakita dengan memeterai ikatan perjanjian bersama World Wide Fund for Nature WWF-Malaysia bagi pemuliharaan hutan negara yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro, Euan Smith, inisiatif ini adalah yang terbaik untuk mendidik orang awam tentang pemuliharaan hutan dan pastinya akan ada program lanjutan dari Astro berhubung usaha murni ini.
"Kami mahu bawakan kandungan video ini kepada penonton dengan lebih meluas menerusi perjanjian yang berlangsung dari hari ini hingga 6 September ini," katanya.
Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim, berterima kasih kepada Astro kerana sudi menjadi rakan media yang pasti memberikan paparan terbaik buat inisiatif ini dan selari dengan objektif dan misi yang ingin dicapai oleh mereka.
"Saya terinspirasi dengan apa yang saya lihat dan dengar pada hari ini kerana (program ini) selaras dengan misi WWF.
"Salah satu tugas kita ialah melindungi habitat semula jadi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif UN Global Compact Network Malaysia-Brunei, Faroze Nadar, yang turut hadir bersama percaya kekuatan yang ditampilkan media bagi mejayakan initiatif ini pasti berbaloi bagi menampilkan penceritaan yang bukan setakat melekat di minda, malah memberi kesan jauh ke benak sanubari penonton.