Skip to main content

Sukan

ASN: Pengorbanan Aaron Chia, Wooi Yik harum nama negara tuai hasil lumayan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-05-13-184915.png
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh mengimbas kembali pengorbanan hebat yang terpaksa diharungi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk berlatih demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Kenny Goh juga menyifatkan gandingan itu terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga untuk menumpukan perhatian kepada latihan untuk perbaiki prestasi setiap kejohanan yang disertai mereka pada tahun lalu.

"Aaron Chia dan Wooi Yik mungkin terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga untuk berlatih. Banyak kejohanan mereka perlu sertai untuk memastikan mereka melayakkan diri dan mendapatkan kedudukan terbaik." katanya

Pengorbanan tanpa noktah daripada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sepanjang tahun lalu diberi peluang lumayan apabila beregu sensasi negara itu dinobatkan sebagai olahragawan kebangsaan 2024.

Aaron dan Wooi Yik telah melakar kejayaan cemerlang pada tahun lalu apabila berjaya mempertahankan pingat gangsa sukan Olimpik di Temasya Paris 2024 selepas mengenepikan cabaran gandingan Denmark.

Ranking ke-5 dunia itu turut mengenepikan empat calon lain seperti Lee Zii Jia untuk melakar kemanisan menerusi gelaran kedua mereka selepas turut memenanginya pada tahun 2022.

Sementara itu, Farah Ain telah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai atlet boling padang pertama yang meraih gelaran Anugerah Sukan Negara (ASN) setelah cemerlang merangkul pingat emas di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia pada tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video