Penat lelah dan keringat atlet yang berjuang demi negara terbalas dalam Anugerah Sukan Negara (ASN).
Di sebalik kejayaan Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2023.
Dan Natasha Roslan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2023, terdapat 1001 kisah mengiringi kemenangan tersebut.
Mike Mahen menyatakan kejayaannya dinobatkan kebangsaan 2023 menjadi pemangkin semangat kepada dirinya bagi melahirkan lebih ramai jaguh bina badan bertaraf dunia.
"Saya bermimpi orang nak pukul saya tapi saya sebenarnya saya tendang dinding.
"Saya tak sangka. Saya dah biasa dicalonkan, saya harap pengiktirafan ini memberi saya semangat selaku jurulatih yang baru dilantik bulan lepas.
"Saya mahu melahirkan jaguh bina badan yang baru yang menjadi juara atau lebih baik daripada saya," katanya malam tadi.
Sementara itu, kemenangan pertama Natasha merangkul gelaran Olahragawati Kebangsaan 2023 tidak pernah terjangkau dek fikirannya.
Dia jelas mengidolakan ratu tenpin boling kebangsaan, Datuk Shalin Zulkifli, dan berazam terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
"Dia selalu beri semangat untuk mendorong saya.
"Dalam Sukma sekalipun sebab dia kata saya ada bakat. Walaupun tidak lagi bersama pasukan, dia akan hantar mesej pesanan peribadi sebagai pembakar semangat," katanya pula.
Anugerah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan menjadi milik atlet para berbasikal kebangsaan, Nur Suraiya Muhamad Zamri dan Farina Shawati Mohd Adnan.
Pencapaian membawa pulang pingat emas ujian masa wanita 1km dalam Sukan Para Asia Hangzhou 2022 membuahkan hasil buat pelumba berbasikal trek para negara, Nur Suraiya Muhammad Zamri, bersama jurumudi, Farina Shawati Mohd Adnan, apabila dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.
Nur Suraiya dan Farina Shawati menumpaskan Noor Askuzaimey Mat Salim dan Angeline Melissa Lawas dari sukan boccia serta Jariah Zakaria (para boling padang).