OLAHRAGA
ASN: Mike Mahen, Natasha Roslan muncul Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Juara enam kali bina badan dan fizik dunia, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah, dan Natasha Roslan masing-masing diangkat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2023 dalam majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) di Bukit Jalil, sebentar tadi.
'Mike Mahen', 51, menawan gelaran Kejohanan Bina Badan Asia di Nepal September lalu sebelum mengumumkan persaraannya, tiga bulan lalu.
Superb, cantik, manis dan power!!!"Memang target saya sepanjang karier saya nak ikut jejak Shalin Zulkifli, dia mentor saya"- Natasha RoslanTahniah!! Olahragawati Kebangsaan 2023 jatuh kpd Natasha Roslan. @ASTROARENA pic.twitter.com/yGJtOZcsmA— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 13, 2024
Iklan
Natasha pula mencipta gemilangnya dengan mengakhiri 12 tahun kemarau gelaran individu Kejohanan Dunia 2023 selepas mengatasi rakan senegara, Sin Li Jane, di Salmiya, Kuwait, Oktober lalu.
Must-Watch Video