Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Ia secara tidak langsung meletakkan The Pocket Rocketman sebagai atlet lelaki paling berjaya bagi edisi 2021 selepas kejayaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.
Atlet kelahiran Terengganu itu berdepan saingan daripada pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).
Namun, dia menjadi pilihan selepas mengharumkan nama negara menerusi pingat perak keirin lelaki dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menguasai acara pecut dalam Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria sementara perak bagi keirin dalam Kejohanan Victoria 2021 di Australia.
Dalam masa sama, Datuk Pandelela Rinong meraih gelaran keempatnya dalam Olahragawati Kebangsaan bagi mengulangi kejayaan 2015.
Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, merangkul anugarah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 dan perenang, Brenda Anellia Larry, diberikan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2021.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan sasaran awal menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dengan pingat emas sulung yang dinanti-nanti perlu dijelmakan kali ini.
"Mesti cuba capai sekurang-kurangnya capai satu pingat emas dalam Sukan Olimpik.
"Jika tidak, tadi saya sudah beri amaran. Kita usaha, ikhtiar sbaik mungkin dan tawakal. Kita tidak boleh menuntut lebih daripada itu.
"Jadi saya terima baik. Kita mesti cuba dengan sedaya upaya, tiada tolak ansur tetapi kita harus terima kenyataan bahawa dalam apa-apa pertandingan, kita harus terima apa-apa keputusan yang adil dan bijaksana.
Senarai penuh penerima ASN 2021:
Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
Olahragawati Kebangsaan - Datuk Pandelela Rinong (terjun)
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Brenda Anellia Larry (renang)
Pasukan Lelaki Kebangsaan: Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)
Pasukan Wanita Kebangsaan: Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar (boling)
Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting)
Jurulatih Wanita Kebangsaan - Wendy Chai De-Choo (boling)
Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Norminshah Sabirin
Anugerah Kepimpinan Sukan - Huang Ying How
Anugerah Khas - Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh, Chan Foong Keong