Skip to main content

Sukan Lain

ASN 2023: Qabil fokus harum nama negara, raih anugerah hanyalah bonus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil-ambak.jpg
Setelah lebih tiga dekad dalam dunia sukan ekuestrian, Muhammad Qabil Ambak Mahamad Fathil akhirnya mendapat penghargaan apabila tersenarai sebagai calon olahragawan kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023.

Meski tidak mengharapkan sebarang kemenangan namun tetap berbangga dengan pencapaiannya dalam misi menaikkan imej sukan berkuda itu yang kurang popular di kalangan rakyat Malaysia.

"Bagi saya, saya tidak meletakkan  sebarang harapan untuk mendapat apa-apa penganugerahan.

"Bagi saya cukup saya boleh menyumbang untuk naikkan nama negara dahulu dan bukannya anugerah yang menjadi sasaran.

"Dengan adanya pengiktirafan adalah bonus untuk saya dan saya akan sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk menyumbang buat negara."

Dalam masa sama, pemenang pingat emas Sukan Asia, Hangzhou 2023 berusia 44 tahun ini turut berkongsi, keinginan untuk terus lakar sejarah dalam sukan ini masih membara namun akibat kekurangan dana, perancangan untuk bersara mungkin bakal jadi kenyataan.

"Pada masa ini saya belum pasti lagi sama ada nak bersara atau tidak. Bergantung kepada jika ada sokongan dari segi dana dan kalau boleh lebih kepada untuk meneruskan penglibatan dalam sukan ini.

"Jika saya dapat menyumbang lebih banyak pingat, insyallah selepas ini akan sambung dan buat masa ini saya akan sentiasa membuatkan diri saya cergas dan jika saya masih cergas saya akan sambung lagi.

"Umur untuk Olimpik yang lepas yang bersaing adalah berumur 71 tahun jadi ini adalah satu-satunya sukan yang anda boleh bersaing," katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi.

Advertisement

Must Watch Video