Pusingan ketiga Asia Talent Cup menghidangkan dua cerita berbeza buat pelumba negara di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hari ini.
Nasib kurang menyebelahi pelumba SIC Racing, Adam Danial Abdul Fattah, yang beraksi dengan baik dalam perlumbaan 1 sebelum mengalami kemalangan pada awal perlumbaan 2.
Masalah teknikal juga terjadi dengan brek hadapan jenteranya tidak berfungsi menjadi punca utama kemalangan tersebut.
"Saya cuba mengejar kelompok depan tapi dalam pusingan terakhir, tiba-tiba brek bahagian depan saya tidak berfungsi ketika mengambil selekoh hingga melanggar pelumba lain dan terjatuh.
"Saya cuma boleh redha sahaja dengan (keputusan) perlumbaan tadi," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Sharf Muhriz, menempatkan diri di tempat ke-13 dalam perlumbaan pertama pada sebelah pagi, sebelum menghuni tempat ke-11 dalam perlumbaan 2.
Lantaran itu, dia bertekad bangkit dalam pusingan keempat di Jepun, 26 September depan selepas kesilapannya di hujung perlumbaan 2 di SIC telah mengecewakan.
"Sasaran saya untuk berada dalam kelompok.
"Tapi di penghujung perlumbaan, saya membuat kesilapan apabila terlajak ambil selekoh.
"Saya akan cuba elak kesilapan serupa dalam pusingan keempat di Motegi, Jepun nanti," katanya pula.