Skip to main content

Permotoran

Asia Talent Cup: Saya kena belajar lepaskan dia -- Ibu Sharf Muhriz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zkracing.jpg
Kepulangan semula dua pelumba negara, Adam Danial dan Sharf Muhriz, ke tanah air daripada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia Talent Cup tetap membanggakan rakyat Malaysia. 

Kedua-dua pelumba gagal menamatkan perlumbaan (DNF) susulan terlibat dengan kemalangan dalam perlumbaan pertama.

Adam kemudiannya melakar kebangkitan untuk menempatkan diri di kedudukan ke-12 dan meraih tiga mata dalam perlumbaan kedua, namun Sharf terpaksa menarik diri akibat masalah teknikal.

Mereka berdua akan kembali ke litar bagi meneruskan saingan dalam pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Qatar, 12 hingga 13 April depan.

"Saya mempelajari daripada xx sebelum ini dan akan memperbaiki di pusingan kedua nanti. 




"Saya kena melakukan latihan yang lebih untuk memperkasa teknik perlumbaan," kata Adam.

"Saya akan menambah baik untuk cuba mengelak daripada berlanggar. 

"Dalam masa sama, mahu perbetulkan tunggangan menjelang pusingan kedua," kata Sharf.

Ibu kepada Sharf, Nur Isnita Ibrahim, mengakui banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh anak kesayangannya itu untuk bersaing dengan pelumba antarabangsa yang lain.

"Saya harus belajar untuk melepaskan dia dan Sharf juga harus berbuat perkara sama supaya dapat beradaptasi dengan dunia luar.

"Saya menaruh kepercayaan kepada ZK Racing dan sebagai ibu bapa kena banyak berdoa," luahnya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video