CUB PRIX
Asia Talent Cup: Prestasi suram pusingan pertama jadi panduan Sharf Muhriz, Adam Danial
Pelumba negara, Sharf Muhriz Farhanz, mengakui pengalaman cetek menjadi faktor kegagalannya di Litar Chang, Buriram, sambil bertekad melakukan kebangkitan dalam perlumbaan pusingan kedua Asia Talent Cup di Qatar, hujung minggu ini.
Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin oleh Sharf Muhriz dengan jadual latihan yang padat walaupun berpuasa.
"Selepas pusingan pertama, saya tetap meneruskan latihan setiap hari di Litar SIC, Sepang dan Litar Beranang sepanjang Ramadan lalu.
Iklan
"Jadi saya berasa lebih yakin untuk menghadapi pusingan kedua," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, kemalangan yang menimpa dalam aksi pusingan pertama di Thailand tidak melunturkan semangat Adam Danial. Malah, segala kelemahan dan kesilapan di Buriram yang menghantuinya sebelum ini sudah ditangani sebaiknya.
"Saya akan cuba tingkatkan tahap mental dan kecergasan. Banyak yang saya pelajari susulan terbabit dalam kemalangan pusingan pertama gara-gara terlalu rapat mengekori dengan pelumba Indonesia," katanya.
Kedua-dua pelumba ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur (KLIA) hari ini sebelum berlepas ke Qatar.
Perlumbaan pusingan kedua Asia Talent Cup akan berlangsung di Litar Antarabangsa Lusail, bermula 11 - 13 April 2025.
Must-Watch Video