Dua pelumba muda negara, Adam Danial dan Sharf Muhriz, tetap teruja memulakan saingan pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia Talent Cup di Litar Antarabangsa Chang, Thailand, hari ini.
Biarpun berdepan cabaran, mereka menerimanya dengan hati terbuka untuk mencipta kejutan dalam penampilan pertama itu.
"Saya berbangga kerana dapat memperbaiki catatan masa saya di sini," kata Adam Danial.
"Ini kali pertama saya bersaing dalam Asia Talent Cup dan saya lihat pelumba Jepun amat laju di litar ini."
Sharf Muhriz pula berkata: "Hari ini merupakan hari yang malang bagi saya kerana saya berdepan masalah menurunkan gear dalam FP1 (latihan bebas 1) dan dalam FP2 pula, saya kemalangan pada awal pusingan.
"Jadi saya tidak dapat memberikan 100 peratus hari ini dan saya sangat kecewa dengan prestasi saya.
"Saya mahu berikan lebih lagi esok dan tidak mahu mengulangi kesilapan hari ini."
Sebagai rekod, Adam menamatkan FP2 di tempat ke-15 manakala Sharf berada di kedudukan ke-17.

Debaran & Keseronokan!
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) February 28, 2025
⏩ Adam Danial & Sharf Muhriz memulakan langkah di hari pertama Asian Talent Cup di Thailand.
Penyertaan sulung mereka penuh cabaran, tapi tetap "best”!
Mampukah mereka mencipta kejutan? Nantikan aksi seterusnya! #AsianTalentCup @ASTROARENA pic.twitter.com/KOmnCvPICh