Skip to main content

Sukan Lain

Asia Rugby Emirates: Skuad negara akhiri saingan di tempat ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-u20.jpg
Skuad bunga raya 7s Bawah 20 tahun yang menamatkan kempen Asia Rugby Emirates di tempat ketiga, selepas menumpaskan China 19-7 semalam. 

Sebelum itu, Malaysia tersingkir di separuh akhir apabila tewas 5-33 kepada Hong Kong. 

Di aksi kumpulan, skuad negara mencatat dua kemenangan -- ke atas China dan Uzbekistan — serta satu keputusan seri bertemu Kazakhstan.

Ketua jurulatih, Syed Shazril Syed Sahadzir, menzahirkan rasa syukur atas kejayaan meraih gangsa, manakala kapten pasukan, Luqmanul Hakim Ramli, memberi kredit kepada semangat juang rakan sepasukan.

Advertisement

Must Watch Video