Melangkah ke pentas antarabangsa buat kali pertama memberikan keterujaan berbeza buat pemain padel negara, Joey Chua, yang akan beraksi pada saingan Asia Pacific Padel Cup, dengan Malaysia sebagai tuan rumah.
Meskipun diundi dalam kumpulan maut bersama seteru utama Filipina, bagi Joey kekuatan berbeza darioada setiap ahli pasukan menjadi kelebihan untuk ditampilkan.
Terutamanya selepas mengambil kira kejohanan ini menggunakan format berpasukan.
Joey turut meluahkan keyakinannya terhadap kemampuan kem negara untuk melepasi peringkat kumpulan sekaligus lolos ke pusingan akhir bagi memperbaiki kedudukan tempat keempat yang diraih edisi lalu.
"Kami sangat teruja, kami telah berlatih secara konsisten daripada 3 buan lepas dan kami telah bersedia untuk perlawanan ini," katanya menerusi Nadi Arena.
"Pasukan telah mengikuti beberapa kejohanan besar dan telah berlatih dengan kuat bersama jurulatih dan pemain yang hebat.
"Kami juga yakin mampu memberikan cabaran yang hebat bagi pasukan lain
"Harapan kami adalah untuk memenangi kejohanan ini dan yakin boleh menang serta mempunyai mindset yang kuat
"Apa-apa boleh terjadi di dalam kejohanan namun kami telah berlatih sebaiknya dan saya rasa kami mempunyai peluang yang besar untuk menang."