BERBASIKAL

Asia Mountain Bike Series: Pendakian podium Saniy Syahmi berbaloi

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
30/03/2025
11:13 MYT
Sponsor Banner
Asia Mountain Bike Series: Pendakian podium Saniy Syahmi berbaloi
Pelumba Helaz Cycling Team (HCT), Mohd Saniy Syahmi Safiee, mencipta sensasi dalam penampilan pertamanya apabila meraih pingat perak Kejohanan Asia Mountain Bike Series 2025 bagi kategori elit lelaki cross country eliminator UCI kelas 2.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Passi City, Filipina semalam, pelumba berusia 24 tahun itu bermula baik pada awal saingan sebelum terpaksa akur kepada wakil tuan rumah, Thirdy Mana-Ay yang terlebih dahulu tiba di garisan penamat.
Untuk rekod, ini merupakan podium sulung buat pelumba kelahiran Terengganu itu dalam perlumbaan UCI, sekali gus menjadi hadiah bermakna sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Cuaca di panas daripada di Malaysia.
"Trek di sini agak sukar kerana lebih kepada pendakian.
"Saingan juga sukar kerana berdepan pelumba nombor dua Asia tapi saya tetap berjuang untuk mendapat podium," katanya di Nadi Weekend.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video