Skip to main content

Sukan Lain

Ashaari bimbing skuad tenis berkerusi roda negara

kerusirogatenis.jpg
Pelantikan bekas pemain negara, Ashaari Zainal Abidin, selaku jurulatih baru skuad tenis berkerusi roda negara menjadi pemangkin semangat buat pemain untuk melakar kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia bermula 29 Ogos ini. 

Sebelum ini, pemain di ranking ke-48 dunia, Abu Samah Borhan, meraih gelaran berganda dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki bersama-sama gandingannya, Yusshazwan Yusoff, dalam Kejohanan Tenis Berkerusi Roda Nottingham, United Kingdom.

Kini, perhatian Abu Samah tertumpu kepada Terbuka Malaysia yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Abu Samah dan Yusshazwan optimis dengan ilmu dan latihan baru yang diterap oleh Ashaari, mereka berpeluang untuk merealisasikan impian itu.

"Kami sudah menimba ilmu daripada jurulatih terdahulu dan Ashaari mungkin dapat meningkatkan lagi kemampuan kami dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo tahun depan," kata Abu Samah.

Menurut Yusshazwan pula, "Saya cuba ubah corak permainan ke arah yang lebih baik lagi untuk berdepan lawan yang bertaraf dunia."
 

Advertisement

Must Watch Video