Asafa Powell berkata anak-anaknya mungkin tidak akan mewakili Jamaica kerana tadbir urus sukan yang lemah dan sokongan atlet di negara ini.
Anak-anak Powell -- jika mereka memilih untuk menceburi bidang olahraga -- bakal mengisi ruang kosong yang besar untuk dipenuhi.
Atlet kebangsaan Jamaica itu mencatatkan larian 100 meter di bawah 10 saat 97 kali, paling banyak dalam sejarah, dengan hanya Justin Gatlin di tempat kedua jauh ketinggalan dengan 53 percubaan.
Sehingga hari ini, dia kekal sebagai pelari keempat terpantas dunia, di sebalik kegagalan memenangi pingat individu Sukan Olimpik.
Ketika merakam log video hari sukan anaknya menerusi saluran YouTube miliknya, 'The Powells' -- bekas atlet pecur itu memberitahu penonton landskap sukan olahraga perlu ditukar.
“Jadi setiap kali saya memuat naik video yang memaparkan anak-anak saya sedang bersukan, orang ramai akan sentiasa berkata, ‘Masa depan cukup cerah atau ‘Bintang masa depan,’” katanya.
“Namun sejujurnya, jika sistem sokongan tidak berubah, anak-anak saya tidak akan berlari untuk Jamaica. Tidak akan mewakili Jamaica. Maaf cakap tetapi itulah realiti yang perlu dihadapi.”
Pilihan tetap terbuka untuk dua anaknya, Avani dan Liam, kerana mereka mempunyai warisan Kanada dan Ghana berkat isterinya, Alyshia.
Powell juga mendedahkan dia menolak tawaran bernilai jutaan untuk mewakili negara lain -- dan mengakui dia kesal dengan keputusan untuk bertanding untuk Jamaica.