Skip to main content

Sukan Lain

Aruwin Salehhuddin rayu sokongan dana menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aruwin.jpg
Olimpian alpine ski, Aruwin Salehhuddin, mengangkat cabaran besar Malaysia selepas mengesahkan slot beraksi selaku wakil tunggal negara ke temasya Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026, sekali gus menandakan penampilan keduanya di pentas terbesar dunia itu.

Sebagai perintis sukan musim sejuk Malaysia, Aruwin melihat kelayakan ini sebagai platform untuk dirinya terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan musim sejuk di negara, sambil menggesa rakyat turut menyokong dan membina gelombang baru demi melahirkan generasi pelapis.

Namun, di sebalik semangat juang itu, Aruwin berdepan cabaran untuk mencari dana bagi menyokong perbelanjaan besar yang diperlukan untuk ke semua persiapan termasuk latihan dan kejurulatihan.

Oleh itu, dia meluahkan harapan untuk membuka ruang kepada penajaan dan rakan kerjasama yang sudi menghulurkan sumbangan dana untuk mengukuhkan perjalanan Olimpiknya.

"Sukan ini semakin berkembang di dunia, dan Malaysia mempunyai wakil dalam kejohanan berprestij ini.

"Saya menyeru semua pihak memberikan sokongan kepada kami menyebarkan perkara positif. 

"Saya juga berharap semua pihak agar lebih mengambil peduli tentang sukan ini. 

"Saya telah bekerja keras untuk mendapatkan prestasi terbaik, dan sudah bertanding dalam 54 perlumbaan melingkupi benua Asia dan Eropah, sebelum ini.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas sokongan.

"Begitupun, sebagai satu-satunya atlet negara dalam sukan ini, kos semakin meningkat merangkumi pelbagai perkara.

"Keluarga saya telah membiayai sebanyak RM228,000.

"Menjelang persiapan ke Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026, saya mencari peluang untuk bekerjasama, mahupun penaja atau sokongan kewangan.

"Jika ada kenalan atau sesiapa yang ingin membantu, sila berhubung dengan saya," katanya di Nadi Arena.
 
Supplement

Untuk Tenaga Maksima

Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.


Cuba Vitamin C Ini

Advertisement

Must Watch Video