HOKI
Arul sokong perlantikan Megat Azrafiq
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, menyokong perlantikan Megat Azrafiq Megat Termizi sebagai jurulatih baru UniKL.
Menurut Arul, Megat berpotensi jadi pengendali berkaliber, namun memerlukan masa serta berpandangan tidak adil jika sasaran tinggi diharapkan daripada bekas pertahanan negara itu terutama untuk mempertahankan gelaran juara treble Liga Hoki Malaysia (LHM).
"Keputusan yang diraih sejak beberapa tahun yang lalu amat baik dan jurulatih baru yang mengambil alih UniKL bakal berdepan tugas sukar dan nama Megat Azrafiq mula naik selepas dia memiliki perwatakan yang bersesuaian dengan pasukan," kata Arul.
"Dia akan memerlukan masa namun akan menghadirkan impak kepada pasukan."