Skip to main content

Hoki

Arul puji komitmen pemain sepanjang Jelajah Great Britain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Pihak lawan perlu berjaga-jaga untuk menguji skuad hoki negara kerana pemain Malaysia kini berpegang kepada falsafah mesti menang dalam setiap perlawanan.

Ia rumusan program Jelajah Great Britain yang menyaksikan Malaysia seri 2-2 menentang Perancis pada aksi terakhir.

Penyerang, Shello Silverius, membuka tirai jaringan pada minit ke-27 sebelum Perancis bangkit meledak dua gol.

Namun pemain tengah negara, Faizal Saari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46. 

Secara keseluruhan, Malaysia menang empat kali, seri empat dan tewas dua kali sekali gus berjaya rampas ranking ke-10 dunia.

"Jelajah kali secara keseluruhan sangat baik kerana berjaya meraih beberapa kemenangan dan banyak perkara positif yang diperoleh bagi memastikan kami terus meningkat naik di kejohanan berikutnya," kata pemain negara, Muhammad Razie Abd Rahim. 

"Terdapat perkembangan yang lebih baik secara keseluruhan pasukan ini, setiap pemain memberikan komitmen yang terbaik di atas serta di luar gelanggang," kata ketua jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj. 

The Malaysian Hockey Tigers dijadual tiba ke tanah air, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video