Skip to main content

Permotoran

ARRC: Zaqhwan Zaidi sasar tamatkan kemarau kejuaraan musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaqhwan-zaidi.jpg
Juara kategori ASB1000 Kejuaraan FIM Asia Road Racing (ARRC) musim lalu, Zaqhwan Zaidi, menanam hasrat untuk menamatkan saingan musim ini dengan noktah kejayaan selepas gagal menjuarai sebarang perlumbaan setakat lima pusingan edisi ini.

Menyedari antara faktor utama kegagalannya untuk mempertahan kejuaraan adalah kerana belum pernah merekodkan sebarang kemenangan biarpun kerap memanjat podium.

Situasi itu tampak berbeza dengan apa yang dilalui yang menyaksikan pelumba baru dinobat juara keseluruhan, Markus Reiterberger, di Zhuhai awal bulan ini selepas mengungguli enam pusingan. 

Justeru, sekembalinya saingan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram bagi perlumbaan terakhir musim ini pada hujung minggu ini, ia akan pentas terbaik buatnya meraih kemenangan sulung di samping mengesahkan status sebagai pelumba terbaik Asia.

"Semestinya tidak mudah.




"Saya akan cuba dapatkan kedudukan nombor dua keseluruhan di Thailand. 

"Saya kena menang di sana. Saya sasarkan dua kemenangan di sana. 

"Saya tidak lagi berdepan tekanan jadi saya perlu buat yang terbaik kerana sedang dicabar oleh Azlan Shah Kamaruzaman dan Andi Farid Izdihar," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

 

Advertisement

Must Watch Video