Pelumba Musashi Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi, berada di landasan untuk mempertahankan kejuaraan selepas mendominasi perlumbaan pertama kategori SuperSports 600cc dalam pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 di Litar Johor, Pasir Gudang, hari ini.
Bermula di petak utama, Zaqhwan pada awalnya bersaing hebat dengan seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamarulzaman dari pasukan Bike Art Kawasaki.
Namun, kealpaan kedua-dua pelumba negara ini menyaksikan mereka dipintas pelumba dari Thailand, Decha Kraisart.
Sabar menanti peluang, Zaqhwan mempamerkan tunggangan tenang mengekori rapat Kraisart dari tempat kedua sebelum kembali memintas berbaki tujuh pusingan perlumbaan.
Zaqhwan kemudian mempamerkan penguasaan penuh menuju penamat perlumbaan sambil disaingi hebat pelumba Jepun, Taiga Hada.
Jelas pengalaman beraksi di pentas tertinggi dimanfaatkan Zaqhwan dalam mengekalkan rentak tunggangan, seterusnya menamatkan pelumbaan selaku juara dengan catatan 24 minit 48.515 saat sementara dua pelumba Jepun, Hada dan Yuki Ito, menyudahkannya di kedudukan kedua dan ketiga.