ARRC

ARRC: Zaqhwan raih masa terpantas, kuasai perlumbaan kedua

Penulis Jemputan 10/03/2019 | 11:40 MYT
Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi, menebus kehampaan apabila mencatat masa terpantas untuk mengungguli perlumbaan kedua pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hari ini.
Ternyata kemenangan itu cukup bermakna buat Zaqhwan yang mewakili pasukan Honda-Asia Dream Racing bagi kategori ASB 1000cc kerana gagal menamatkan perlumbaan pertama ekoran masalah jentera.
Zaqhwan yang bermula di petak ketiga mencatat masa terpantas, 27 minit 20.147 saat, untuk menguasai perlumbaan kedua itu dan diikuti pelumba dari Thailand, Thitippng Warokorn, di tempat kedua dengan perbezaan 3.559s.
Keadaan litar yang basah kerana hujan lebat sememangnya meletakkan pelumba berusia 22 tahun itu dalam risiko untuk berdepan kemalangan tetapi berjaya mengimbangi perlumbaan dengan baik sehingga memotong Warokorn selaku juara bertahan ketika tiga pusingan terakhir untuk menjuarai saingan.
"Tiga pusingan terakhir agak sukar sebenarnya kerana trek semakin licin, cengkaman tayar semakin hilang, jadi lebih mudah untuk jatuh," kata Zaqhwan.
Bagi kategori Supersports 600cc, pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin, pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga perlumbaan saingan hari pertama di kedudukan kedua.
Dia mencatat masa 21: 59.471s tatkala pelumba Thailand, Peerapong Boonlert, kekal selaku juara dengan masa terpantas, 21: 57.152s.
"Bagi saya, perlumbaan tadi agak sukar. Ia tidak seperti saingan sebelum ini kerana tekanan kurang. Dalam perlumbaan kedua ini juga, cuaca agak panas," ujar Kasma Daniel.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2 PUSINGAN 1 KEJUARAAN MOTOSIKAL ASIA 2019
ASIA SUPERBIKE 1000CC
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda Asia-Dream Racing With SHOWA 27:20.147s
2. Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 27:23.706s
3. Yuki Ito (JPN) YAMAHA Racing Team ASEAN 27:27.360s
4. Apiwath Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 27:48.598s
5. Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 27:49.382s
Kedudukan Keseluruhan
1. Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 40 mata
2. Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 27 mata
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 25 mata
4. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) HONDA Asia Dream Racing With SHOWA 25 mata
5. Apiwat Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 24 mata
SUPERSPORTS 600CC
1. Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 21:57.152s
2. Andi Farid Izdihar (INA) ASTRA HONDA Racing Team HONDA 21:59.138s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 21:59.471s
4. Muhamad Adam Mohd. Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing 21:59.656s
5. Md. Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.090s
Kedudukan Keseluruhan
1. Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 50 mata
2. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 36 mata
3. Muhamad Adam Mohd Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing Team 29 mata
4. Md Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22 mata
5. Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22 mata
ASIA PRODUCTION 250CC
1. Muklada Sarapuech (THA) A.P. HONDA Racing Thailand 19:36.510s
2. Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:36.578s
3. Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:44.845s
4. Aiki Iyoshi (JPN) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:44.918s
5. Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:44.996s
Kedudukan Keseluruhan
1. Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 40 mata
2. Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 30 mata
3. Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 29 mata
4. Muklada Sarapuech (THA) A.P. HONDA RacingThailand 25 mata
5. Aiki Iyoshi (JPN) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 23 mata
UNDERBONE 150CC
1. Fernando Masato (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:32.583s
2. Md. Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy HONDA Racing 15:32.691s
3. McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:32.708s
4. Wawan Wello (INA) SND Factory Racing Rapido 15:33.343s
5. Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 15:36.360s
Kedudukan Keseluruhan
1. McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 41 mata
2. Fernando Masato (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 36 mata
3. Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 28 mata
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy HONDA Racing 27 mata
5. Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 24 mata
;