Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, akur terlepas podium utama dalam pelumbaan kedua pusingan kedua ASB 1000, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Pelumba Honda Asia-Dream Racing itu menamatkan perlumbaan selaku pelumba kedua terbaik di belakang wakil Jepun, Haruki Noguchi, dengan perbezaan 4.11 saat.
Turut berada di podium adalah seorang lagi pelumba negara, Adam Noroddin, yang menamatkan saingan di tempat ketiga.
Bagaimanapun, Zaqhwan masih kekal selaku pendahulu keseluruhan kategori pelumba dengan 78 mata, empat mata di depan Nogochi.
Zaqhwan ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Adam Zamri, berkata: "Yang pertama, saya memang sangat bergelut sepanjang minggu ini.
"Sejak daripada sesi latihan awal, saya sudah dapat rasakan kesukarannya untuk saya membawa jentera ini.
"Mungkin saya masih tidak faham karakter jentera ini tetapi saya mencuba untuk mengatasinya.
"Bagi saya, kedudukan ketika ini masih belum selesa kerana saya sedar yang memenangi perlumbaan hari ini adalah Noguchi, jadi dia akan menjadi pencabar terdekat buat saya.
"Saya harus berjaga-jaga dengannya dan harus berada di depan pencabar lain untuk terus berada di kedudukan teratas.
"Jadi, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan, terutama terjatuh dalam perlumbaan yang akan datang," katanya.
*Kredit foto: ARRC