Skip to main content

Permotoran

ARRC: Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X hadiah utama cabutan bertuah ARRC HAPPY BAG di Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(5).jpg
Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi venue bagi aksi pusingan lima kejuaraan ARRC 2024 pada 13 hingga 15 september ini.

Ia pasti menjadi pentas yang mengujakan buat semua rakyat Malaysia apabila nama seperti Hafizh Syahrin dan Azlan Shah akan menjadi tumpuan dalam perlumbaan itu.

Untuk menyerikan lagi saingan di Sepang, beberapa acara sampingan turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi memberi kepuasan serta hiburan kepada para pengunjung yang datang menyaksikan pusingan lima itu.

Tumpuan pasti terarah kepada kepada jualan ARRC Happy Bag serta beraneka cenderahati dari ARRC.





Buat semua peminat-peminat sukan permotoran, jangan lepaskan peluang untuk memenangi dua motorsikal iaitu antara Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X yang menjadi hadiah utama ARRC Happy Bag kali ini.

Cara untuk menang adalah dengan membeli ARRC Happy Bag berharga RM65 setiap satu, pakej itu termasuk baju-T eksklusif ARRC, air mineral, air minuman tenaga, kupon cabutan bertuah dan minyak hitam Idemitsu.

Peluang seperti ini tidak selalu muncul, jadi mari sama-sama meriahkan ARRC di Litar Antarabangsa Sepang yang akan bermula pada jumaat.

Advertisement

Must Watch Video