ARRC

ARRC: Wong Kok Fatt optimis Farres Putra raih podium di Litar Sepang

Saufi Tahir 10/09/2024 | 10:42 MYT
Pengarah Urusan Cardinals, Wong Kok Fatt, meletakkan keyakinan penuh kepada anak buahnya untuk berada di kedudukan podium menjelang Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, bermula 13 hingga 15 September ini.
Dia beranggapan kelebihan yang ada pada Farres Putra selaku pelumba berpengalaman bakal menghadirkan rasa gerun kepada pelumba lain untuk kategori Underbone 150 meskipun masih gagal melakukan 'upset' dalam perlumbaan sebelum ini.
"Pandangan saya Farres hanya kurang berpengalaman tetapi dia mempunyai kawalan yang baik. Dia mempunyai semangat untuk menang di Litar Sepang nanti," kata Wong Kok Fatt.
Keterujaan itu turut diakui pelumba Cardinals Factory Racing Team, Ahmad Fazrul Sham, yang meletakkan harapan penuh pada jenteranya sebaik selesai menemui tetapan terbaik menjelang saingan ARRC yang akan bermula Jumaat ini.
"Persiapan kami adalah dari aspek fizikal dan mental, jadi saya rasa boleh lakukan terbaik dan raih podium nanti." katanya.
#ARRC #Permotoran #Farres Putra #Wong Kok Fatt
;