ARRC
ARRC: UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia buat kunjungan hormat ke ibu pejabat
Pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia hari ini telah membuat kunjung hormat ke ibu pejabat UMA Racing yang dihadiri oleh tiga pelumba sempena pusingan kedua Kejuaraan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 yang akan berlangsung hujung minggu ini di PETRONAS Sepang International Circuit.
UMA Racing, merupakan syarikat terkemuka dalam pengeluaran alat ganti dan komponen motosikal yang
berprestasi tinggi. Selain itu UMA Racing telah lama menjadi penaja utama bagi pasukan ini serta banyak lagi
pasukan lain bagi kejohanan sukan permotoran dua roda dari peringkat akar umbi hingga ke pentas
antarabangsa.
Sebagai jenama yang dikenali dengan slogan “Reveal True Performance”, UMA Racing telah membangunkan
pelbagai produk berprestasi tinggi yang terbukti keberkesanannya di dalam dan di luar litar. UMA Racing
juga mempunyai bahagian kejuruteraan UMA yang sentiasa komited menjalankan ‘Research and
Development’ (R&D) menyeluruh menggunakan teknologi terkini bagi memastikan kualiti produk atau alat
ganti sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Iklan
Menurut Alfred Lim Chiu Siong, Penolong Pengurus Besar Jenama UMA Racing, kami sentiasa memberi
sokongan penuh kepada pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia dan pasukan-pasukan lain
khususnya dalam sukan permotoran.
Penajaan ini bukan sahaja membantu pasukan berkembang, tetapi turut memberi impak positif kepada jenama kami. Ia merupakan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kunjungan hormat ini turut disertai Lima pelumba utama pasukan iaitu Nazirul Izzat (Ayoi), yang kini
menduduki tempat ke-8 dalam kategori Underbone 150, kembali ke litar Sepang dengan semangat baru
selepas pulih dari kecederaan tahun lalu.
Dia optimis untuk meraih podium hujung minggu ini. Daniel Syahmi, pelumba baru dalam kategori Asia Production 250 (AP250) selepas kejuaraan FIM Junior GP World Championship pada tahun 2024 dan kini berada di kedudukan ke-11 keseluruhan berharap Litar Sepang akan membawa tuah kepadanya. Beliau juga akan menggunakan Motosikal baru iaitu Yamaha R3 bermula dengan pusingan kedua ARRC minggu ini. Manakala pelumba muda berusia 16 tahun, Muhammad Adib Arsyad, dalam kategori Underbone 150, bersedia memberi fokus sepenuhnya kepada perlumbaan di litar kegemarannya ini. Dua pelumba yang menyertai pasukan ini merupakan pelumba antarabangsa daripada Philipines iaitu Eane Jaye dan April King.
Turut kelihatan dalam kunjungan hari ini ialah pelumba Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Hong Leong
Yamaha Motor, yang juga salah seorang pelumba dibawah tajaan daripada UMA Racing.
Kunjungan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara pasukan dan penaja, tetapi turut membuktikan
komitmen UMA Racing dalam membangunkan sukan permotoran tanah air serta menyokong bakat-bakat
muda dalam perlumbaan dua roda di peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video