ARRC

ARRC: Selepas tiga pusingan, Hafizh Syahrin kini dahului saingan kejuaraan!

09/06/2024 | 08:09 MYT
Pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, membuktikan dirinya, dalam kelas tersendiri apabila berada di puncak carta saingan Kejuaraan Asian Road Racing (ARRC).
Hafizh gagal meneruskan rentak yang dipamerkan Perlumbaan 1 di Zhuhai namun kekal di podium dalam dua perlumbaan yang berlangsung di Litar Motegi.
Ia memastikan Hafizh kini di puncak saingan keseluruhan dengan mengumpul 81 mata, sementara Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR Racing Team) di tempat kedua dengan 76 mata.
#ARRC #Permotoran #Hafizh Syahrin
;