MOTOGP
ARRC: Pelumba supersport600 negara kecewa sukar tebus kesilapan awal
Kesilapan di selekoh kelima antara punca pelumba Idemitsu Boon Siew Honda Racing, Helmi Azman, terlepas podium selepas menamatkan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori supersport600 di Litar Motegi, Jepun, sebentar tadi di tempat keempat.
"Saya cuba bangkit tapi agak jauh untuk saya mengejar kedudukan pelumba di hadapan.
"Jadi saya hanya kekalkan kedudukan walaupun kecewa dengan keputusannya," katanya.
Dalam masa sama, Azroy Hakeem Anuar gagal menggunakan kelebihan mencatat masa kedua terpantas dalam sesi latihan (campuran) semalam apabila sekadar menamatkan saingan perlumbaan di tempat kelima.
"Kedudukan kelima merupakan satu keputusan yang mengecewakan memandangkan saya meletakkan jangkakan yang lebih tinggi pada hari ni.
"Saya harap kami dapatkan pelarasan yang lebih bagus esok," katanya.