ARRC

ARRC: Masih terkesan dengan influenza, Damok tetap mahu sambar podium

Saufi Tahir 13/09/2024 | 10:40 MYT
Pelumba kategori AP250 daripada Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team, Muhammad Syarifuddin Azman, masih merasai kesan 'withdrawal' dari penyakit influenza yang dihidapinya minggu lalu.
Begitupun, pelumba yang lebih dikenali dengan julukan 'Damok' itu tetap menginginkan podium, lebih-lebih lagi apabila perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pusingan kelima diadakan di laman sendiri, Litar Antarabangsa Sepang.
Damok kini berada pada kedudukan kelima secara keseluruhan bagi kategori itu dengan mengumpul 76 mata dibelakang pendahulu Muhammad Kiandra Ramadhipa daripada pasukan Astra Honda Racing Team yang mengumpul 35 mata.
"Buat masa ini saya masih belum pulih sepenuhnya kesan daripada saya kena influenza hingga menyebabkan masa saya habis dengan berehat. Ia penyakit diluar jangkaan saya dan masih sakit di bahagian sendi saya.
"Saya akan cuba yang terbaik untuk podium, sasaran saya untuk menang perlumbaan tanpa memikirkan banyak mengenai kutipan mata." katanya kepada Nadi Arena.
;