ARRC
ARRC: Khairul Idham Pawi tenang dahului kejuaraan SS600
Pelumba SS600, Khairul Idham Pawi, menganggap laluan sukar bakal ditempuh dalam pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berikutan kehadiran pelumba berpengalaman dunia.
Bagaimanapun, dia menyifatkan persediaannya di tahap terbaik dan optimis mampu mencipta cabaran hebat kepada pelumba handalan.
Apa pun, dia mempunyai resepi terseniri untuk mempamerkan tunggangan berkualiti.
Iklan
"Peluang saya agak sukar.
"Terdapat lima pelumba yang boleh merangkul kejuaraan.
"Namun, saya sudah melakukan segala persiapan di Malaysia.
"Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri jadi saya mahu menikmati perlumbaan terakhir ini, " katanya.
Untuk rekod, Khairul Idham memenangi pusingan ketiga di Jepun untuk kekal mendahului carta teratas pelumba kategori 600cc.
Must-Watch Video