ARRC: Khairul Idham Pawi jangka pelarasan berbeza di Sepang
Shaiful Shamsudin
Mei 13, 2023 21:44 MYT
Mei 13, 2023 21:44 MYT
Kejuaraan Perlumbaan Motorsikal Asia (ARRC) 2023 menyaksikan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menjadi lokasi untuk pusingan kedua.
Khairul Idham Pawi terus cemerlang menerajui kategori 600cc apabila mendapat meraih tempat kedua di belakang rakan senegara, Azroy Hakeem Anuar, yang memenangi Perlumbaan 1 sambil Muhammad Helmi Azman melengkapkan penguasaan negara dengan di tempat ketiga.
"Perlumbaan di Thailand tempoh hari agak selesa buat saya.
"Saya kini berasa lebih yakin.
"Pengalaman tahun lalu banyak membantu dan saya harap dapat lakukan yang terbaik di Sepang.
"Kami akan cuba pelarasan yang berbeza berbanding perlumbaan lalu," kata Khairul Idham.
Kategori 1000cc pula menyaksikan pelumba Jerman, Markus Reiterberger, mencuri posisi pertama apabila meninggalkan rakan sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman, di tempat dua dan diekori penyandang juara, Mohd Zaqhwan Zaidi, menjelang Perlumbaan 2 esok.
"Walaupun berlumba dalam kejohanan, ia tidak mengganggu sebab fokusnya sama.
"Kalau boleh saya akan cuba yang terbaik mengungguli kedua-dua kejohanan.
"Saya tiada masalah dengan rakan sepasukan, malah mereka banyak membantu saya memperbaiki kelemahan.
"Cuma kami tetap perlu bersaing sesama sendiri," kata Azroy pula.