Penganjur Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Two Wheels Motor Racing, akan mengekalkan kategori Supersport 600 untuk saingan pada musim depan di sebalik kewujudan kategori baru, iaitu Asia Superbike (ASB) 1000, sebagai saingan utama.
Kategori Supersport 600 diperkenalkan pada tahun 2000 bagi menggantikan Series Production 250 sebagai kategori perdana ARRC.
Selepas 18 tahun, pihak penganjur berhasrat memperkenalkan ASB 1000 tahun hadapan dan senario ini bakal menyaksikan penghijrahan besar-besaran pelumba utama ke kategori tersebut, sekali gus menimbulkan kegusaran tentang masa depan kategori Supersport 600 yang sebelum ini menjadi tumpuan utama.
"Pada mulanya, memang kami tidak mahu meneruskan kelas 600cc ini tetapi hasil daripada permintaan pasukan-pasukan dan jenama motosikal, ia agak penting bagi memberikan platform buat pelumba-pelumba daripada 250cc ke 600cc.
"Jika diabaikan terus, mungkin sukar buat mereka kerana perbezaan kuasa motor yang ketara," kata Pengarah Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg.
Selain itu, pihak Two Wheels turut mengesahkan buat julung kalinya dalam saingan ARRC bahawa akan wujud beberapa pasukan baru yang bakal menggunakan jentera dari Eropah seperti BMW dan Ducati.
Saingan Asia sebelum ini banyak dimonopoli oleh jentera pengeluar seperti Yamaha, Honda, Kawasaki serta Suzuki.
"Kami sudah menerima penyertaan beberapa pasukan baru dari luar untuk kategori 1000cc dan menggunakan jenama seperti BMW dan lain-lain.
"Sememangnya, kami mengharapkan pertambahan jumlah jentera yang masuk ke saingan akan melahirkan lebih ramai pelumba," ujarnya lagi.