Juara kategori Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) 2018, Helmi Azman, sudah tidak sabar untuk kembali ke litar selepas dinaikkan ke kelas SuperSports 600cc bagi saingan musim ini.
Helmi akan bergandingan dengan Azroy Hakeem Anuar bagi membawa cabaran pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing dan akan turun ke litar bersama jentera CBR600RR buat kali pertama menjelang sesi latihan pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) esok.
"Saya sudah tidak sabar untuk ke litar. Bekerjsama dengan rakan sepasukan yang baru dan jentera yang lebih pantas sudah tentu memberikan cabaran berbeza buat saya," katanya.
"Walaupun ia merupakan kali pertama saya beraksi dalam kelas SuperSports 600cc, namun saya mempunyai pengalaman beraksi dalam pelbagai kejuaraan tempatan dengan menggunakan jentera Honda itu.
"Saya yakin dapat menyesuaikan diri dengan segera, ditambah dengan bantuan Azroy yang pernah beraksi dalam kategori ini musim lalu.”
"Tentang pencabar pula, ada antara mereka yang lebih berpengalaman, namun saya yakin dapat memberikan cabaran terbaik."
Saingan SuperSports 600cc ARRC 2019 menyaksikan persaingan antara pelumba muda Asia selepas pelumba lebih berpengalaman kini beraksi dalam kategori Asia Superbike 1000cc.
Antara pelumba muda yang bakal mewarnai cabaran dalam kategori itu adalah Ramdan Rosli, Adam Norrodin, Kasma Daniel Kasmayuddin, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Ahmad Afif Amran.