Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin sekali lagi ke podium di Litar Motegi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh.jpg
Pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, menamatkan Perlumbaan 2 Pusingan Ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori AS1000 di tempat kedua di Litar Motegi, Jepun, sebentar tadi.

Hafizh yang turut digelar El-Pescao hadir ke Perlumbaan 2 menerusi kemenangan tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 semalam, memulakan perlumbaan di tempat kelima sebelum melengkapkan 13 pusingan di tempat kedua di belakang pelumba Jepun Yuki Kuuni.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR Racing Team), terlepas peluang untuk meraih podium selepas menamatkan perlumbaan itu di tempat keempat.

Advertisement

Must Watch Video