Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin pastikan kejuaraan pertama JDT di litar Zhuhai, Azlan Shah ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh-syahrin_3.jpg
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mengungguli perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori AS1000 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China sebentar tadi.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR Racing Team), turut memanjat podium selepas menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga di belakang pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar (Honda Asia Dream Racing).

Hafizh Syahrin, yang memulakan perlumbaan di petak utama, menguasai keseluruhan permainan sebelum menjuarai perlumbaan kali ini.

Azlan Shah, dalam pada itu, turut memberikan saingan kepada Hafizh Syahrin tetapi insiden yang menimpanya menjelang tiga pusingan terakhir, di mana jenteranya dihalang pelumba di kedudukan terakhir, Teo Yew Joe, menyaksikan dia dipintas Andi Farid.

Ia merupakan kemenangan pertama JDT Racing Team di pentas ARRC selepas Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang pada bulan lalu di tempat kedua.

 

Advertisement

Must Watch Video