Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin optimis raih podium di Motegi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arrc.jpg
Pemilik podium P-3 di perlumbaan pertama pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia, Hafizh Syahrin, optimis dapat mengekalkan konsistensi untuk meraih podium di Motegi, Jepun hujung minggu ini.

Lebih-lebih lagi, perlumbaan ini akan dilangsungkan di litar kegemarannya sepanjang karier sebagai pelumba motosikal.

"Kami cuba untuk memahami setiap aspek yang perlu diperbaiki. Saya sangat gembira berada di Litar Motegi kerana litar ini adalah salah satu kegemaran saya. Mari kita lihat apa yang akan terjadi esok," kata Hafizh.

Seorang lagi wakil negara, Zaqhwan Zaidi, agak kecewa kerana tidak dapat berlumba di Zhuhai akibat kemalangan yang menimpanya.

"Pusingan pertama sukar buat saya kerana masalah motosikal, tetapi di pusingan kedua saya terlibat dalam pelanggaran dan mengalami kecederaan yang menghalang saya daripada meneruskan perlumbaan. Saya harap di Motegi, saya akan menikmati litar ini dan cuba mendapatkan keputusan yang baik," kata Zaqhwan.

Advertisement

Must Watch Video