ARRC
ARRC: Hafizh Syahrin awasi ancaman Honda di Litar Mandalika
Hafizh Syahrin Abdullah akan menonjolkan kemahiran tunggangannya dalam Kejohanan Suzuka 8 Hours di Jepun pada 19 Julai depan sebelum mengalihkan perhatiannya semula ke kancah Pusingan 4, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Seminggu sebelum menyertai kategori Asia Superbike 1000 ARRC, JDT Racing Team yang menggunakan jentera Ducati Panigale akan terlibat dalam perlumbaan tahunan di Jepun itu yang memasuki edisi ke-45 itu.
Dan selepas itu, mereka akan ke Indonesia untuk berentap dalam ARRC di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Indonesia, lima hari sebelum Perlumbaan 1.
Pencabar terdekat daripada pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Andi Farid Izdihar, yang menduduki tempat ketiga saingan ARRC pasti akan menggunakan kelebihannya untuk sebagai pelumba tuan rumah
"Saya akan terbang ke Mandalika lebih awal untuk persiapan rapi.
"Tapi saya akan ke Jepun terlebih dahulu sebelum berlumba di Mandalika.
"Justeru, saya perlu kawal diri sendiri agar tidak ditimpa kecederaan dan mengekalkan tahap fizikal.
"Saya akan menggunakan jentera yang sama, cuma pelarasan pada masa depan belum pasti lagi.
"Begitupun, saya telah membuktikan kewibawaan bahawa prestasi saya masih di puncak lagi," katanya yang hadir sebagai tetamu Nadi Arena sebentar tadi.