ARRC

ARRC: Damok terlepas kategori kegemaran

Shaiful Shamsudin 15/02/2024 | 11:27 MYT
Pelumba negara, Syarifuddin Azman, akan bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kategori Asia Production AP250.
Berikutan kesuntukan masa mencari pasukan, menyaksikan 'Damok' terlepas peluang untuk beraksi dalam kategori pilihannya iaitu Supersports 600.
"Saya masih menunggu keputusan dari ZK Racing sehinggalah ke penghujung tahun.
"Keputusan muktamad yang saya tidak ada slot untuk beraksi di Kejohanan Dunia untuk tahun kedua saya dan tidak ada slot dimana-mana pasukan.
"Saya cuma ada slot dalam kategori 250cc, jadi mahu tidak mahu saya perlukannya tetapi bukan mahu untuk merendahkan diri saya," jelasnya di Nadi Arena sebentar tadi.
Kali terakhir Damok berlumba dalam ARRC adalah pada 2019 dalam kategori AP250.
Damok dijangka kembali menyertai Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team dan akan mengendali jentera Honda CBR250 RR, bagaimanapun pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.
#ARRC
;