ARRC
ARRC: Damok kecewa terlepas podium AP250
Saingan kategori AP250 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menyaksikan Syarifuddin Azman daripada pasukan Idemitsu Boon Siew Honda terlepas podium berikutan menghabiskan saingan di tempat kelima dalam perlumbaan pertama di Litar Motegi, Jepun, hari ini.
Irfan Haykhal Amidi turut kecewa gagal mempamerkan aksi sebenarnya selepas jentera Honda CBR 250R yang dipacunya menghadapi masalah, lalu menyebabkan motornya tidak lagi mampu berfungsi seperti biasa.
"Perlumbaan hari ini agak sengit.
Iklan
"Dengan kemalangan yang berlaku, saya berpeluang mengejar pelumba di kelompok hadapan," katanya.
Dua wakil Malaysia dalam kategori Uderbone150, Nazirul Izzat dan Ahmad Fazrul Sham pula mengharumkan nama Malaysia.
Sebelum perlumbaan Nazirul yang berdepan masalah jentera masih mampu fokus kepada perlumbaan.
Dengan tunggangan hebat dipamerkan, dia mendaki podium pertamanya tahun ini.
"Sebenarnya saya agak bergelut pada minggu ini jadi kami memperjudikan nasib dengan menggunakan apa sahaja enjin yang ada.
"Walaupun ada masalah ketika keluar paddock tadi tapi selepas itu semuanya berjalan lancar," katanya.
Must-Watch Video