Skip to main content

Permotoran

ARRC: Azroy Hakeem pasang impian pintas pelumba senior seperti Hafizh Syahrin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arrc.jpg
Pelumba Honda Boon Siew Racing Team, Azroy Hakeem Anuar, menegaskan bukan satu masalah buat dirinya mempamerkan persembahan agresif yang menyaksikan dia bertukar kategori daripada SS600 ke ASB1000 menjelang Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) tahun ini.

Jelasnya, ia membuka ruang untuk dirinya mempelajari lebih banyak perkara dari senior, Zaqhwan Zaidi, terutamanya sudut kelajuan.

Namun, Azroy mengakui bahawa lawannya bukanlah calang-calang apabila nama besar seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman dan Kasma Daniel Kasmayudin turut berada dalam kategori sama. 

"ARRC tahun ini saya berpindah kelas ke tahap lebih tinggi. Semuanya baru melibatkan cara tunggangan dan jentera.

"Saya harus cepat belajar daripada Zaqhwan kerana dia memiliki pengalaman yang besar dan tidak boleh memberi alasan ini adalah tahun pertama.




"Motivasi yang baik dapat bersaing bersama pelumba-pelumba handalan. 

"Satu bonus untuk saya sekiranya dapat mengikut jejak mereka," katanya. 

Pusingan pertama ARRC dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bermula 25 hingga 27 April.
 

Advertisement

Must Watch Video