Skip to main content

Permotoran

ARRC: Azlan Shah ungguli perlumbaan di Buriram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-shah-kamaruzaman.jpg
Tunggangan sempurna dalam lapan pusingan terakhir membawa pelumba Manuel Tech Kawasaski Racing, Azlan Shah Kamaruzaman, menjulang kejuaraan sulungnya musim ini apabilamengungguli perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Buriram, Thailand. 

Pelumba negara itu memulakan saingan di petak kedua dan terpaksa melayan dominasi pelumba Thailand, Decha Kraisart, yang bermula di petak utama dan Chalermpol Polamai yang juga dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team. 

Azlan, yang pada awalnya sekadar mengekori rapat pencabar-pencabarnya, hanya memastikan dia berada di kelompok hadapan menerusi tunggangan agresif tatkala perlumbaan berbaki lapan pusingan.

Tekanan yang semakin memuncak menyaksikan Decha terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kali ini selepas dia terbabas dan ini memudahkan lagi Azlan untuk memburu kedudukan utama dengan hanya Polamai selaku seteru utama. 

Aski konsisten Azlan mengemudi perlumbaan akhirnya membuahkan hasil lebih lumayan berbanding perlumbaan terakhirnya di Johor sebelum ini yang berakhir di kedudukan kedua.

Advertisement

Must Watch Video