Peneraju kejuaraan Cub Prix 2024 dalam kategori CP150, Md Akid Aziz, menepati ramalan apabila berjaya muncul juara Perlumbaan 2 kategori 'underbone 150' Kejuaraan Asian Road Racing (ARRC) di Motegi, Jepun, sebentar tadi.
Selepas gagal menamatkan saingan dalam kedudukan podium dalam Perlumbaan 1, Akid bangkit membuktikan dirinya dalam kelas tersendiri apabila menamatkan perlumbaan sebagai pemenang dalam perlumbaan hari ini.
Memulakan perlumbaan di petak keenam, pertukaran kedudukan sepanjang perlumbaan membuatkan saingan cukup dramatik, ketika berbaki dua selekoh terakhir, Akid bijak menggunakan peluang untuk melepasi pelumba di hadapan sebelum melepasi garisan penamat selaku juara.

"Untuk perlumbaan minggu ini saya ada bergelut sepanjang saingan. Kami berusaha mencari tetapan terbaik untuk perlumbaan.
"Saya berharap kami akan memperbaiki lagi persembahan dan persiapan bagi pusingan keempat. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di belakang saya atas kemenangan ini," kata Akid.

Md Akid Aziz mbuktikan bahawa dia bukan sahaja hebat pada perlumbaan Cub Prix namun turut menunjukkan kualitinya dalam perlumbaan 2 Kategori Underbone 150 ARRC di Motegi, Jepun.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 9, 2024
Turut berada pada kedudukan ketiga, Nazirul Izzat Bahauddin. @ASTROARENA pic.twitter.com/Wrek6xoLar