SUKAN-LAIN
ARPRM 2024: 90 peserta terima tauliah tahap Emas
Sempena Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (MPE ARPRM) 2024, seramai 90 peserta dan 20 badan operasi menerima gelaran tersebut, di Damansara, semalam.
Majlis gilang-gemilang ini merupakan platform penghargaan dan pengiktirafan buat peserta serta badan operasi ARPRM yang berjaya peroleh tahap Emas dan layak untuk ditauliahkan pada tahun ini.
Sebagai makluman, ARPRM merupakan sebuah program ikonik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setaraf dengan The Duke of Edinburgh's International Award.