Arip Amiruddin gandakan usaha rebut kesebelasan

Shaiful Shamsudin
Februari 8, 2024 18:46 MYT
Tonggak pertahanan, Arip Amiruddin, masih mempertimbangkan dua tawaran Liga Super menjelang saingan yang akan bermula Mei depan.
Bekas tonggak Kelantan FC itu memaklumkan bahawa dia berkemungkinan kekal di Pantai Timur untuk musim 2024/2025.
Antara dua pasukan yang dikaitkan dengan pemain kelahiran Keningau, Sabah, itu ialah Kelantan United dan Negeri Sembilan.
"Saya terima dua tawaran dan sudah pun memuktamadkan keputusan.
"Saya mengharapkan kejayaan manis dalam musim baru. Saya mahukan tingkatkan persembahan dalam setiap perlawanan dan meraih tiga mata.
"Saya harap dapat bawa pasukan ke peringkat lebih tinggi.
"Standard permainan semakin tinggi, perebutan tempat utama dalam sangat sengit.
"Jadi pemain sendiri perlu lebih berusaha," katanya di Astro Arena sebentar tadi.
Sepanjang bersama The Red Warriors musim lalu, Arip tampil dalam 19 perlawanan dalam semua kejohanan.
#liga super #Liga-M #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;