GIMNASTIK

Arena gimnastik dunia berkabung

Hanis Natasya 03/01/2025 | 10:23 MYT
Legenda gimnastik Agnes Keleti, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.
Agnes merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan atlet wanita Hungary paling banyak meraih pingat Olimpik dengan koleksi 10 pingat, termasuk lima emas.
Dia telah dikejarkan ke hospital minggu lepas akibat radang paru-paru, meninggal dunia beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-104.
Perjalanan Olimpik Keleti bermula pada 1952 di Sukan Helsinki, ketika dia berusia 31 tahun, dia memecahkan stereotaip umur dalam sukan yang didominasi oleh atlet muda.
Dia memenangi emas dalam senaman lantai dan menambah dua gangsa dan satu perak.
Pencapaian terbesar Keleti adalah di Sukan Olimpik Melbourne 1956, di mana Agnes mendominasi acara gimnastik, memperoleh empat pingat emas dan dua perak.
Dia kekal sebagai gimnas tertua yang pernah memenangi emas Olimpik.
#Gimnastik #Agnes Keleti
;