Amirul Mukminin Amizan yang merupakan antara 'orang lama' dalam pasukan menggemari dinamik skuad Bunga Raya 15 sebelah (15s) yang mempunyai keseimbangan di antara pemain muda dan juga senior, 10 hari lagi menjelang misi penting menentang Sri Lanka dalam play-off Kejohanan Ragbi Asia (ARC).
Amirul Mukminin berharap kesemua rakan sepasukan mampu menjelmakan keserasian dengan pantas dan masa yang singkat ini harus dimanfaatkan sepenuhnya.
"Pada mulanya kami mungkin agak goyang sedikit tetapi pemain muda lebih bertenaga.
"Kami bersikap positif dan menunggu keputusan pada hari perlawanan kelak," katanya.
Sementara itu, satu impian besar buat semua pemain ragbi negara apabila berpeluang untuk beraksi dalam Piala Dunia 2027, dengan syarat perlu melolosi peringkat kumpulan Kejohanan Ragbi Asia selaku juara.
Baginya, peluang sudah terbentang luas dan hanya tinggal mereka untuk bertindak merebut slot yang ada.
"Ia salah satu impian setiap pemain Malaysia.
"Gabungan pemain senior dan muda gigih membuat persiapan kerana ini merupakan salah satu peluang untuk kami ke Piala Dunia.
"Selepas menentang Sri Lanka, kami perlu melalui satu lagi peringkat kelayakan ke Piala Dunia," katanya.